Tuesday, May 12, 2009

May 7 – Reformasi dan Malaysian GODS


Hari ini saya telah dijemput untuk menjadi ahli panel bersama Elizabeth Wong untuk mengulas zaman Reformasi dan pada masa yang sama menonton sebuah rencana keluaran Amir Muhammad bertajuk Malaysian GODS – a year that shook the nation mengenai masa reformasi 1998.

Kami juga diminta mengulas tentang masadepan Malaysia dalam tahun 2018. Saya mengutarakan bahawa harapan untuk Pakatan Rakyat mengambilalih Kerajaan persekutuan amat cerah dan hampir pasti. Namun saya mengatakan bahawa penukaran sebuah kerajaan tidak bererti penukaran satu sistem kerajaan. Saya juga menyarankan perlu ada pendidikan massa setiap masa seperti yang berlaku di Venezuela untuk memantapkan gerakan rakyat

Dokumentari Amer amat menarik dan keseluruhan rencana ini diambil dalam Bahasa Tamil dan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris. Ramai diantara mereka yang hadir adalah dari kalangan seniman.

No comments:

Post a Comment