Wednesday, February 11, 2009
7 Februari 2009– Akhirnya Berembang menang juga
Perasaan cukup gembira melihat Majlis Perbandaran Ampang Jaya menggunakan segala kemudahan Majlis untuk merayakan upacara kejayaan Penduduk Kampung Berembang. Namum kami masih tidak dapat lupa Majlis tempatan ini juga bersama polis telah merobohkan rumah di Kampung Berembang sebanyak 4 kali.
Namun hari ini keadaan berbeza sekali. Kerajaan ditangan Pakatan. Betul juga apabila MB Selangor mengatakan bahawa, “ kita menang bukan kerana kita, tetapi kerana rakyat”. Beliau juga turut memberi penghargaan kepada Dr. Nasir, Arul dan semua yang bersama mereka berjuang untuk mempertahanakan Kampung Berembang. Saya sedih, Toni Kasim tidak dapat bersama kami pada saat yang cukup mengembirakan ini. Namum selain beliau, ramai dikalangan aktivis dari PSM, JERIT, DEMA, FNB dan kampong-kampung Peneroka lain yang telah turut sama membantu berjuang dengan Masyarakat kampung Berembang. Walaupun jumlah pampasan tidak diumumkan namum adalah jelas hidup dibawah khemah kampong Berembang akan berakhir akhirnya.
Bagi seorang aktivis dan revolusioner, saat yang paling mengembirakan adalah apabila perjuangan rakyat marhaen membawa kemenangan. Mungkin ramai yang mahu menumpang atau cuba mendapat nama atas kemenangan Peneroka Bandar di Berembang. Namun anak-anak muda, kanak-kanan dan warga tua memang sedar bahawa kemenangan mereka adalah disebabkan perjuangan.
Syabas ! Perjuangan Pasti membawa Kemenangan.
No comments:
Post a Comment