Wednesday, February 11, 2009

1 Februari 2009 PSM Bincang Peranan Ahli Majlis





Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan sesi perbincangan dalaman (SPD) mengenai kerja-kerja akarumbi yang dibuat oleh PSM sejak Pilihanraya yang lalu. PSM Semenyih melalui Sdr Simon juga membentang satu kertas berjudul Peranan Ahli Majlis Sosialis di Semenyih.
Dalam kertas Sdr. Simon, beliau menghuraikan Bagaimana Keputusan Untuk Jadi Ahli Majlis Diambil? , Apakah Tugas Seorang Ahli Majlis? Dan samada Tugas Sebagai Ahli Majlis Membantu Kerja PSM?. Sesi sehari ini menilai kerja-kerja PSM dikawasan yang PSM menang dan juga Tugasan Ahli Majlis,
Pada sebelah pagi pula, Dr. Nasir dan Dr. Jeyakumar membentang pengalaman dan penglibatan mereka di Sungai Siput dan Kota Damansara. Setiap perbincangan panel, diikuti pula oleh sesi dialog dan sesi plenary. Perbincangan memang hangat sehingga Sdri Rani – Penyelaras Biro idelogi menyifatkan sesi SPD ini adalah yang paling panjang masa diambil. Seramai 40 kepimpinan Akarumbi parti menyertaikan sesi ini

No comments:

Post a Comment