Friday, November 21, 2008

Melawat mangsa Chikungunya



2 November 2008, Broga

Pada hari ini, Sdr. Arul bersama Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli telah melawat mangsa-mangsa Chikungunya di Kawasan Kampung Baru Broga dan Perkampungan Orang Asli Tarun. Epedemik baru ini telah menyebabkan ramai orang sakit dikawasan-kawasan ini. Satu gotong royong bersama Jabatan Kesihatan dan MPKj juga telah dijalankan pada 26hb. Oktober 2008.
Ramai orang yang mengadu sakit sendi dan sebagainya. Disebabkan tidak ada ubat, kami hanya menyarankan mereka berehat dan minum air bersih dalam kuantiti yang banyak.

Penyakit Chikungunya
Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam. Chikungunya tidak menyebabkan kematian dan adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.
Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment