Friday, October 24, 2008

Selamat kembalikan Cahaya Deepavali


Deepavali adalah hari untuk untuk merayakan kemenangan kebaikan keatas kejahatan. Hari untuk merayakan cahaya keatas kegelapan. Namun perayaan Deepavali tahun ini berdepan dengan dilemma. Dilemma bahawa ramai orang masih ditahan dibawah undang-undang zalim tanpa bicara seperti ISA, krisis kewangan kapitalis turut mengancam masyarakat berpendapatan rendah dan isu perkauman terus dipermainkan.

Deepavali akan lebih bermakna jika kejahatan dan kegelapan itu dapat diatasi. Pada hari yang berbahagia ini semoga kita sama-sama mengambil masa merayakan secara sederhana dan bersedia untuk berjuang untuk mengembalikan kebaikan dan cahaya.

Arul

No comments:

Post a Comment