3 Ogos 2008- Berikut adalah gambar protes oleh penduduk Bukit Semenyih terhadap pembinaan menara DIGI berhampiran rumah tanpa persetujuan mereka. Para penduduk turut memacak papan tanda yang mengandungi tuntutan mereka. Bantahan ini disertai lebih 100 orang penduduk. Pada awalnya pemaju mengatakan menara ini hanya sementara iaitu untuk 3 bulan sahaja. Kini nampaknya, ia akan menjadi sesuatu yang kekal. Menara ini bersebelahan dengan taman permainan kanak-kanak dan rumah penduduk. Sebenarnya ada banyak tempat lain bersebelahan dengan Lebuhraya Lekas untuk mendirikan menara tersebut. Walaupun ada ura-ura projek ini mendapat kelulusan MPKj, namun PSM berpendirian bahawa penduduk setempat mempunyai hak untuk menentukan pembangunan jenis apa yang mereka mahukan dan penduduk setempat harus dirunding terlebuh dahulu.
No comments:
Post a Comment