Monday, May 12, 2008
Penderitaan Pemandu Teksi LCCT
Dua minggu yang lalu, dua orang pemandu teksi LCCT datang berjumpa dengan saya di Semenyih. Mengikut mereka keadaan mereka amat terdesak dan mengajak saya mengetuai mereka ke Parlimen untuk mengutarakan keluhan dan rintihan mereka. Saya agak keberatan kerana saya tidak memahami masalah mereka dan seperti biasa dalam PSM, saya meminta supaya saya dapat berjumpa dengan pemandu teksi yang lain untuk mengetuai masalah mereka.
Maka pada 7hb. Mei, saya bersama sepuluh orang sukarelawan dari PSM pergi ke LCCT, Sepang untuk berjumpa dengan pemandu teksi LCCT. Apa yang saya lihat disana amat mengejutkan. Ratusan teksi menanti masa untuk mengambil penumpang. Ramai pemandu yang tidur disisi koridor mereka, ada yang baru balik mandi. Saya diberitahu bahawa ada pemandu teksi yang hanya balik sekali seminggu dan yang amat mengharukan saya ialah kebanyakkan mereka hanya mendapat dua trip setiap hari dan masa menunggu diantara trip adalah lebihkurang 8jam. Buat pertama kalinya, saya berasa simpati dengan nasib pemandu ini.
Masalah mereka adalah pelbagai sebab. Terdapat 1,000 permit teksi dikeluarkan kepada kroni-kroni BN dan tidak permit individu. Mereka kena membayar RM 65 sehari sebagai sewa teksi, selain daripada menanggung bayaran tol dan minyak. Saingan dengan Bas pula adalah satu lagi masalah. Terdapat juga sekatan yang menyebabkan mereka tidak boleh memandu atau mendapat penumpang dari kawasan lain.
Namun demikian, para pemandu teksi ini juga tidak dapat bersatu hati. Mereka berpecah mengikut jenis teksi yang mereka pandu, mereka bersaing antara diri mereka, mereka prasangka antara satu kaum dengan satu kaum, menyebabkan masalah mereka semakin susah diatasi.
Saya cukup terharu mendengar keluhan dan rintithan mereka. Sebagai sosialis, cara untuk pemandu teksi ini selamatkan diri mereka ialah berjuang sebagai satu kelas pemandu teksi, mengusir syarikat dan individu yang menjadi orang tengah dan mengaut keuntungan tinggi dan membuka Koperasi sendiri supaya mereka dapat membahagikan keuntungan seratus peratus antara mereka secara adil. Namun ini adalah harapan sosialis untuk jangkamasa panjang. Pasukan PSM bersedia untuk membantu mereka mempertengahkan isu mereka di Parlimen. Namun demikian, hanya dengan bertindak sebagai satu kuasa dan satu hati, maka perjuangan pemandu teksi LCCT ini akan berjaya
No comments:
Post a Comment