12 Mac 2013, Nilai, Negeri Sembilan
Hari
ini, lebih 500 pekerja asing dari kilang RECRON, di Nilai telah
berpiket di hadapan hostel mereka kerana majikan gagal mengimplimentasi
gaji minima RM900 mulai Januari 2013. Hari ini merupakan hari kelima
mereka mogok kerana Majikan kaya enggan membayar gaji minima RM 900.
Syarikat Antarabangsa ini main pecah dan perintah. Bayar pekerja tempatan gaji minima tetapi enggan bayar untuk pekerja asing.
Apakah keadaan yang menjurus seramai 3000 pekerja asing ini membuat tindakan drastic ini?
- Majikan gagal melaksanakan Gaji Minima
- Kerja 30 hari SELAMA 12 JAM SETIAP HARI
- Gaji yang rendah untuk bertahun-tahun
- Slip gaji yang mempunyai informasi yang KELIRU
- Tempat tinggal (hostel) dalam keadaan teruk
Walaupun
pekerja asing ini mempuyai risiko yang tinggi berbanding dengan pekerja
tempatan, walaupun ada halangan bahasa, walaupun tiada sokongan
mana-mana organisasi, mereka dengan berani sudah ambil keputusan untuk
memperjuangkan hak mereka.
Mengikut
wakil pejabat buruh yang hadir ke kilang, mengatakan bahawa wakil dari
kedutaan Bangladesh dan Vietnam ada hadir dan sedang beri penjelasan
kepada pekerja mereka, akan tetapi wakil pejabat buruh nampak tidak
tegas pendirian untuk selesaikan isu gaji dengan majikan Recron.
Pihak
Polis hadir memantau keadaan ini. Aktivis dari PSM turut membantu dalam
membantu pekerja ini. Pekerja ini berasa kecewa dengan kedutaan yang
hadir kerana gagal menyelesaikan isu mereka.
Pekerja
Recron sudah bangkit; Tetapi banyak lagi majikan yang masih belum
laksana gaji minimum. Dulu berjuang untuk dapat undang-undang gaji
minima, sekarang perjuangan perlu diteruskan untuk pelaksanaan.
Jika syarikat anda gagal laksanan gaji minima, hubungi kami. Kami sedia membantu anda!
No comments:
Post a Comment