ShareThis

Wednesday, March 21, 2012

PSM SAMAN KDN & IGP


PSM EO6 SAMAN MENTERI DALAM NEGERI (KDN) DAN IGP!

29 Julai 2011, 6 orang Pemimpin PSM iaitu Dr. Jeyakumar, M.Saraswathy, Choo Chon Kai, M.Sukumaran, A.Letchumanan dan Sarat Babu dibebaskan setelah disiksa dan ditahan tanpa bicara selama 28 hari dibawah Ordinan Darurat. Mereka pada asalnya ditahan untuk tuduhan liar ”mahu melancarkan perang keatas Yang Dipertuan Agung pada 25 Jun 2011 bersama 24 orang lain aktivis PSM. Antara tuduhan lain terhadap mereka adalah cuba menghidupkan semula PKM, ada hubungan dengan negara luar dan Pengerak Utama Bersih. Namun semua tuduhan ini akhirnya ditarik balik dan mereka dibebaskan tanpa syarat.

Sepanjang penahanan mereka, ribuan rakyat di dalam dan luar negara dari semua lapisan masyarakat menuntut mereka dibebaskan. Penahanan mereka adalah satu salahguna kuasa yang amat dashyat, anti demokratik dan konspirasi jahat. Sehubungan dengan itu PSM telah mengambil keputusan untuk menyaman Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara.

Peguam kami bersama EO6 dan penyokong akan memfailkan kes ini seperti butiran dibawah:

Tarikh : 13hb Februari 2012 (Isnin)

Tempat berkumpul : Lobi bawah, Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur

Masa : 11.00 pagi

Oleh itu, kami amat sangat berharap pihak media akan hadir serta membuat liputan berkenaan isu ini. Dokumen pemfailan dan kenyataan penuh akan diserahkan pada media pada hari tersebut. Untuk sebarang maklumat, sila hubungi 019-2537791/016-9008202.

Sekian Terima Kasih

arul signature softcopy

S. Arutchelvan

Setiausaha Agung PSM

Monday, March 12, 2012

Lagi tuntutan gaji minima RM 1500

Akta Gaji Minima RM 1500 ?


Bengekl Penulisan Anjuran Biro Propaganda PSM

11 March 2012, Ahad
Hari ini, Biro Propaganda PSM telah menganjurkan bengkel penulisan di Pejabat Adun PSM di Kota Damansara. Bengekl ini diadakan untuk memantapkan pengetahuan penulis-penulis muda. Tetamu Khas, editor Free Malaysia Today, En. Kabilan telah berkongsi pengalamannya dan telah menyampaikan cara.-cara untuk menghasilkan penulisan yang baik.

Friday, March 9, 2012

Forum Kiri Anak Muda cabar LEBAI’ism dan YB’ism dikalangan Mahasiswa




Forum Kiri Anak Muda yang julung diadakan pada 9 Mac, 2012 ini dihadiri lebih 100 anak muda & mahasiwa/i yang di Selangor Chinese Assembly Hall.

Dengan bertemakan Anak Muda Kuasa Revolusioner!?, lima orang panel telah diundang untuk berhujah iaitu Khalid Ismath, Aktivis Mahasiswa, Teh Yee Keong, Bekas Aktivis Pelajar DEMA, Santhana, Aktivis PSM dan Perintis Pemuda Sosialis, Arip dari Pustaka Semesta dan Hishamudin Rais, Bekas Aktivis Pelajar dan Pencetus Perjuangan Pelajar tahun 1960an. Forum ini dipengerusikan oleh Saudari Soh Sook Hwa, bekas aktivis pelajar.

Kebangkitan rakyat dunia dan tanahair memperlihatkan anak muda sedang menjadi salah satu kuasa penting dalam perjuangan rakyat. Namun terdapat banyak kekangan dikalangan anak-anak muda untuk mewujudkan satu kesinambungan dalam kebangkitan mereka. Forum ini cuba ungkitkan dan membincangkan isu Kebangkitan dan Hala Tuju anak muda hari ini.

Saudara Khalid memberikan satu gambaran umum tentang kebangkitan anak muda pada masa kini. Dia juga menegaskan bahawa keselesaan yang kita ada, perlu digadaikan dan berjuang tanpa mengira kaum dan bangsa. Panelist kedua, Saudara Teh mengkritik mahasiswa/i pada masa kini yang lebih suka berlagak seperti ahli politik atau Yb dan bukan menunjukan satu perjuangan yang telus dan down to earth. Ini menyebabkan kuasa mahasiswa/i tidak dapat digabungkan. Teh juga percaya pengalaman perjuangan itu penting untuk menjadi anak muda yang lebih praktikal.

Panelist ketiga Saudari Santhana, membuat satu analisa mengenai keadaan sosio-ekonomi anak muda yang menjadi cabaran kepada mereka. Beliau juga mengatakan anak muda masa kini turut menyumbang kepada beberapa isu seperti Mangsa PTPTN, Kebangkitan mahasiswa, pendidikan percuma, skandal kejururawatan dan sebagainya. Saudara Arip pula menyatakan bahawa perjuangan kiri merupakan satu skop yang besar dan oleh itu revolusi kiri harus berlaku dalam diri kita sendiri sebelum kita dapat membawa kepada anak muda dan rakyat. Katanya, perjuangan harus bermula dalam diri kita dengan melihat dan bertindak ikut keadaan semasa. Isu- isu seperti sexist, homosexual dan lain-lain lagi harus ada analisis kiri dan progresif untuk pemahaman yang lebih tepat.

Saudara Hishamudin Rais pula mengatakan anak muda harus memahami erti revolusi dengan betul, kalau tidak ia akan menjadi masalah. Dia memberikan contoh bahawa, jika anak muda gaduh dengan polis itu bukannya radikal, katanya radikal itu adalah pemikiran dan aksi perjuangan yang progresif dan kiri dan isu-isu harus didebat dan dibincang dengan intelektual dan mencari jalan penyelesaian yang Radikal. Katanya lagi, anak muda perlu ada sikap ini dan anak muda terutamanya mahasiswa/i harus hindari sikap LEBAI’ism (lebai di kampus) dan YB’ism (nak jadi YB), katanya menolong rakyat tidak semestinya menjadi wakil rakyat. Hisham juga percaya pilihanraya tidak akan membawa perubahan untuk tukar kerajaan di dunia ketiga seperti Malaysia. Beliau dengan tegas berkata perubahan struktur itulah yang amat penting.

Sememangnya forum kiri ini telah menjadi satu forum untuk membincang dan memikirkan keadaan dan hala tuju Anak Muda dan Pelajar masa kini. Kebangkitan anak muda harus di bangakan dan harus di kembangkan. Namun, mereka juga harus sedar bahawa pemikiran kiri dan progresif akan menjadikan perjuangan ini lebih mantap dan punyai kesinambungan supaya sesuatu perubahan struktur dan perubahan sistem dapat direalisasikan.

Team Forum Kiri Anak Muda

Thursday, March 8, 2012

MPR di Flat Vista Perdana









8 March 2012, Khamis
Hari ini PSM Semenyih bersama PSM Kajang telah menganjurkan Majlis Perundingan Rakyat (MPR) di flat Vista Perdana. Seramai lebih kurang 50 wakil dari flat telah hadir bersama untuk menyuarakan permasalahan yang terdapat di flat ini.
Antara isu yang dibangkitkan adalah mengenai limpahan tangki IWK, kebersihan flat, runtuhan jalan dan juga surau yang terbiar.
Para penduduk juga telah memberi beberapa cadangan seperti mengadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan flat. Sdr. Arul memaklumkan akan membantu para penduduk di sini dan akan membawa isu-isu ini ke perhatian pihak MPKj.

Mahkamah Persekutuan akhirnya benarkan permohonan “leave” Dr.

8 March 2012, Khamis

Biasanya permohonan “leave” (kebenaran) diberikan dalam masa 5 minit tetapi
dalam kes yang difail oleh Dr. Jeyakumar yang meminta mahkamah meneliti
peruntukan pembangunan yang diberikan kepada Ahli parlimen, ia telah melalui
satu proses yang begitu lama dan setiap ketika, pihak Peguam Negara mewakili
Kerajaan Malaysia cuba menghalang.
Selepas lebih 16 bulan memfailkan kes di Mahkamah Tinggi menuntut semakan
kehakiman untuk peruntukan khas Parlimen akhirnya Dr Kumar Ahli Parlimen Sg
Siput berjaya mendapat kebenaran untuk melanjutkan kes. Semakan kehakiman
dituntut terhadap keputusan Pengarah Pejabat Kemajuan UPEN Perak menolak
permohonan Dr Kumar mendapatkan dana khas parlimen Sg Siput.
Lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri
Arifin Zakaria membuat keputusan ini sebulat suara. Dr Kumar diwakili oleh
barisan peguam yang diketuai oleh Datuk S.Ambiga manakala Peguam Kanan
Persekutuan Suzana Atan mewakili Peguam Negara.
Kes yang bermula semalam ini dimulakan oleh Dato Ambiga yang mencabar Peguam
Negara yang meminta membatalkan semakan kehakiman yang dibenarkan oleh Mahkamah
Tinggi . Permintaan pembatalan Peguam Negara ini telah dibenarkan oleh Mahkamah
Rayuan pada 10hb Oktober tahun lalu. Datuk Ambiga mencabar permintaan Peguam
Negara yang teruja-uja untuk membatalkan ‘leave’ yang diperolehi tanpa
membenarkan kes ini didengar. Sepatutnya isu ‘leave’ ini diselesaikan dalam
masa lima minit sahaja seperti kebiasaan tetapi diheret sehingga hampir satu
tahun setengah dan ini menimbulkan keraguan munasabah bahawa wujud isu
pengurusan yang perlu diberitahu kepada pihak plaintif.
Wakil Peguam Negara memberitahu bahawa permohonan Dr Kumar adalah akademik
kerana wang peruntukan untuk tahun yang 2010 yang diminta sudah digunakan untuk
pembagunan kawasan tersebut dan juga isu yang dibangkitkan sudahpun dijawab di
Parlimen. Selain itu diberitahu bahawa pemberian dana ini adalah kuasa
keistimewaan (privilege) pihak kerajaan. Datuk Ambiga pula membalas menyatakan
kes ini masih hidup dan relewan. Ia melibatkan jutaan wang rakyat dan satu isu
kepentingan awam yang tidak boleh diabaikan begitu sahaja.
Selama ini, peruntukan untuk kawasan Parlimen hanya diberikan kepada Wakil
Rakyat BN sahaja dan MP pembangkang tidak pernah diberikan dana ini walaupun
peruntukan perundangan menyatakan sebaliknya.
Dr Kumar percaya rakyat harus diberitahu bagaimana peruntukan yang dikhaskan
untuk mereka, dibelanjakan. Selama ini, transparensi ini tidak pernah wujud
dalam pentadbiran Kerajaan BN dan beliau tidak mahu situasi ini berlanjutan.
Persoalan beliau ialah, sekiranya permohonan beliau untuk bantuan kepada rumah
anak yatim, rumah orang tua, sekolah dan persatuan orang kurang upaya ditolak,
maka ke manakah perginya wang peruntukan jutaan ringgit ini. Atau dalam kata
lain, siapa yang makan wang ini? Mengapa Jabatan Perdana Menteri tidak mahu
memberi butir-butir bagaimana wang ini dihabiskan?
Sudah tiba masanya rakyat menjadi pengadil untuk menentukan bagaimana wang
rakyat harus digunakan dan penyertaan rakyat dalam penentuan polisi dan proses
pengurusan harus dipraktikkan selaras dengan slogan Ketuanan Rakyat.
Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini memang disambut dengan rasa gembira
oleh rakyat Sungai Siput dan pencinta demokrasi. Namun ia hanyalah proses
prosedul yang dimenangi hari ini dan isu pokok masih belum dibincangkan.
Mungkin ini adalah apa yang cuba dibuat oleh Peguam Negara iaitu cuba
memastikan kes ini tidak didengar langgung melalui hujah-hujah teknikal
mereka.Diharap dengan laluan hari ini, kebenaran dapat dihebohkan kepada rakyat
kerana isu yang dibincangkan adalah wang rakyat. Semoga rakyat menjadi Tuan
bagaimana wang mereka dibelanjakan.
Hidup Rakyat
Kartimn

Wednesday, March 7, 2012

Forum Kiri Anak Muda

9 March 2012, Jumaat
FORUM KIRI ANAK MUDA
Tarikh: 9/3/2012 (Jumaat)
Masa: 8mlm-11mlm
Tempat: Tingkat 1 ,
Selangor Chinese Assembly Hall
Anak Muda Kuasa REVOLUSIONER !?
Forum Kiri Anak Muda adalah inisiatif KAMI, PSM dan Anak Muda Progresif untuk
membawa bersama anak-anak muda dan mahasiswa progresif, radikal dan berhaluan
kiri untuk berdebat dan berkongsi idea mengenai :-
KEBANGKITAN & HALA TUJU ANAK MUDA HARI INI.
Kebangkitan rakyat dunia dan tanahair memperlihatkan anak muda sedang menjadi
salah satu kuasa penting dalam perjuangan rakyat. Adakah ini persepsi benar
atau salah?
Dari Egypt ke Malaysia kuasa anak muda sungguh mengagumkan tapi adakah anak
muda Kuasa Revolusioner atau penglibatan mereka hanya sekadar syok syok sahaja?
Untuk membicarakan isu ini :
Khalid Ismath– Aktivis Mahasiswa
Hishamudin Rais –Bekas aktivis Pelajar & Pencetus Perjuangan Pelajar tahun
1960an
Santhana - Aktivis PSM dan perintis Pemuda Sosialis
Azhar - Aktivis Pelajar UITM & peserta Occupy Ipoh
Teh Yee Keong - Bekas Aktivis Pelajar DEMA
Arip - Pustaka Semesta

Sunday, March 4, 2012

Mesyuarat NC ke 13



4 March 2012, Ahad
Hari ini, Mesyuarat NC yang ke-13 telah diadakan di Dewan MPKj Kajang. PSM Kajang telah menjadi penganjur untuk NC ini.
Lebih 50 ahli dari 14 cawangan PSM telah mengambil bahagian. Setiap cawangan telah membentangkan laporan cawangan serta aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dalam tempoh masa tiga bulan di cawangan mereka.
Perbincangan utama NC kali ini adalah bagaimana untuk memantapkan perjuangan pekerja. Wakil-wakil yang hadir setuju bahawa setiap cawangan harus mewujudkan biro pekerja serta menjalankan aktiviti-aktiviti untuk memperkasakan para pekerja.