Wednesday, August 31, 2011

Merayakan Merdeka dengan Penduduk India Bandar Tasik Kesuma













Hari ini saya menjadi tetamu khas satu program anjuran Persatuan Sri Sithi Vinayagar. Program ini dibuat untuk merayakan beberapa program antaranya Hari Merdeka, Hari Ibubapa dan juca mencari dana untuk membina kuil di Taman Tersebut. Turut diadakan acara sukaneka, melukis dan sebagainya. Syabas kepada Jawatankuasa yang ebrjaya mengatur langkah setelah lama tidak aktif. Turut hadir adalah Encik Mathuraveeran dari Hindu Sangam dan Dr. Selva dari MIC Bandar Rinching.

Monday, August 29, 2011

Selamat hari Raya



MESEJ HARI RAYA AIDIL FITRI dari Arul

Tahun ini hari raya datang bersama dengan hari kemerdekaan negara. Ini juga bermaksud cuti panjang untuk warga Malaysia yang memang telah banyak berkorban untuk negara dan tanahair. Semoga cuti yang panjang ini diguna untuk bersama dengan keluarga tercinta bersama sahabat dan kawan-kawan.

Setiap hari perayaan, kita juga diingatkan tentang kemalangan jalanraya, justeru itu berjagalah. Selain itu, makan-makan perlu berjaga juga memandangkan tahap kesihatan kebanyakan rakyat Malaysia tidak begitu memuaskan dan ini dikaitkan dengan corak permakanan dan gaya hidup rakyat negara yang kurang sempurna.

Dalam suasana kita merayakan Hari Raya dan ulangtahun kemerdekaan, kita harus berterimakasih kepada kaum pekerja dan kaum tani yang telah banyak menyumbang dari segi mengeluarkan makanan dan bahan-bahan untuk keperluan harian kita. Pengorbanan mereka harus kita balas bukan dengan hanya memberikan duit raya atau hamper raya. Kehidupan mereka dan keluarga mereka akan lebih berkualiti jika mereka mendapat gaji minima yang adil dan cukup, selain daripada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang baik dari kerajaan yang telus dan tidak boros. Subsidi untuk golongan berpendapatan rendah juga mesti diteruskan.

Akhirkata, semoga kita berehat dan kembali bertenaga selepas cuti raya merdeka ini. Sekali lagi, saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin..


Hidup Rakyat !

S.Arutchelvan

Parti Sosialis Malaysia @ Ahli Majlis MPKJ

Saturday, August 27, 2011

Memorial - Salute to our Socialist Warrior Tan Jing Quee










I had the honour to speak in the Memorial of Jing Quee - a member of the Fajar Generation in Singapore. Among other paying tribute to Jing Quee was Dr. Poh Soh Kai, Syed Husin Ali, Tan Kai Hee,. Dr. Nasir read a poem. Jing Quee daughter May also spoke as well as read some poem written by Jing Quee. 2 books - A Gentle journey and Salute to our socialist warrior was distributed. Jing Quee was one of the person who motivated and kept hope with the PSM and put us in touch with his generations. He was always pricipled till the end. Thank You Jing Quee and his partner - Rose - for all you have done for PSM. We shall soldier the struggle on............

Wednesday, August 17, 2011

Ogos 17 = Betulke Saravanan arahkan DBKL jangan robohkan rumah Bukit Jalil ?






Hari ini Jawatankuasa Ladang Bukit Jalil menyerahkan satu surat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk mengesahkan samada betul atau tidak kenyataan Timbalan Menteri Wilayah Datuk Saravanan di akhbar tamil bahawa beliau telah arahkan rumah bekas pekerja ladang Bukit Jalil tidak akan dirobohkan sehingga mendapat satu penyelesaian yang munasabah. Turut hadir untuk memberi sokongan adalah YB Nurul Izzah.

Tuesday, August 16, 2011

Isu diutarakan dalam Mesyuarat Infra Bulan Ogos 2011

S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791


16 Ogos 2011 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Kejuruteraan,)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ - OGOS 2011

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

i) Bandar Rinching

Bdr.Rinching Sek 1&2(En.Kamal 017-6433497)

• Jalan Taman Sek.1 & 2 banyak berlubang-lubang perlu diturap.
• Lorong-lorong tikus sepanjang jalan utama ke taman perlu disekat dan yang sedia ada perlu dirobohkan.

Bdr.Rinching Sek.4 (En.Subramaniam – 012- 610 1863)

• Jalan di 4/1 & 4/3 rosak perlu dibaiki
• Minta bonggol di jalan 4/6,4/13,4/7 dan 4/4.

ii. Taman Pelangi Semenyih (En.Nor Azlani – 012 810 4130)

• sebanyak 6 tiang lampu tidak menyala di taman permainan jln TPS 4/5(aduan lama)
• saluran pepentung tersumbat di rumah no 27,jln 4/5

iii. Kampung Sentosa (En.Khairuddin – 0193939204)

• melebarkan Jalan Bunga Raya 6,Kpg Sentosa
• taman permainan dinaikkan taraf kepada gelanggang Futsal
• longkang masih tersumbat dan menyebabkan banjir kilat .


iv.Taman Tasik Semenyih ( En.Ahmad Wasfi – 013 -6790496)


• mohon papantanda Taman Tasik Semenyih dipasang di jalan utama persimpangan masuk ke Taman Tasik Semenyih dan Broga.
• Mohon lampu limpah untuk kegunaan court badminton di Jalan 6.

v.Taman Manickavasagam.(En.Surenthiran- 016 3152696)


• jalan 5 banyak rosak
• longkang pecah dan runtuh di jalan 1 disekeling dan tepi rumah.
• Mohon gelanggang futsal
• Minta buat bonggol di jalan utama manickavasagam,jalan 1,2.4 dan 59seperti di lakaran).

vi. Taman Damai Indah,Kajang.(En.Sarawenan-016-3659337)


• longkang di belakang rumah di no.37.jalan Damai Indah,jiran telah buat sekatan dan menyebabkan air tertakung dan tidak dapat mengalir menyebabkan bau busuk dan lalat.

Vii .Pangsapuri Baiduri,Bandar Kesuma (En.Sivan-017-2104297)

• mohon bonggol di jalan masuk ke blok X
• longkang di blok X ditimbus tanah
• jalan belakang blok X tiada lampu


Sekian Terima Kasih

Yang benar



S.Arutchelvan
Ahli Majlis

Monday, August 15, 2011

15-8-2011 Mesyuarat Pengindahan bandar Bulan ogos 2011

S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791


15 Ogas 2011 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Khidmat Masyarakat dan Kesihatan)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PENGINDAHAN BANDAR BAGI OGAS 2011

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

1. Pelangi Semenyih (En.Nor Azlani – 012 810 4130)
• Sampah pukal tiada punggutan di fasa 6 & 7.
• sampah haram di Jln Persiaran Pelangi berhampiran IWK –masih belum ada keputusan.

2. Taman Tasik Semenyih (En.Ahmad Wasfi – 013 -6790496)

• Pokok rhu terlalu hampir dengan rumah penduduk di jalan 4/9,
bahaya semasa angin kencang.

3. Bandar Rinching
Bdr.Rinching Sek.2 (En.Halim-019 2115669)


• rumah kosong di jalan 2/7A,2/7B,2/7F &2/7I-takut nyamuk/kotor
• rumah kosong di Jln 2/8B Sek.2 –sampah pukal
• longkang di jln 2/8B masih belum dikorek dan dibersihkan.
• tidak cukup alat permainan di taman permainan sek.2.

Bdr.Rinching Sek.4 (En.Subramaniam – 012- 610 1863)

• gangguan anjing liar di taman


4. Taman Sri Tanjung (En.Karim – 016 2432710)

• Jalan 10 depan Dewan Rukun Tetangga-mohon cantas pokok
• banyak lori diletak dikawasan taman.

5. Taman Manickavasagam.(En.Surenthiran- 016 3152696)

• Tiada rumah no .4495 jalan 5 menjadi semak dan lalang.
• Memotong rumput di jalan 1 dan jalan 5.
• potong pokok di jalan utama taman manickavasagam
• minta buat landskap di jalan utama Taman Manickavasagam.

6. Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasek Kesuma (En.Sivan-017-2104297)

• longkang di blok X ditimbus tanah


Sekian didahului dengan ucapan Terima kasih Yang benar,


S.Arutchelvan
Ahli Majlis

Friday, August 12, 2011

Program Membuka puasa sebelum mesyuarat MPP



Hari ini mesyuarat MPP berbeza sedikit apabila kita mengadakan sedikit program membuka puasa bersama ahli-ahli MPP. Sdr Arul turut serta dalam program ini. Majlis membuka puasa kemudian diikuti dengan mesyauarat MPP bulan Ogos 2011 yang antara lain berbincang mengenai Program Hari raya zon 18.

Saturday, August 6, 2011

Perjumpaan Peguam dengan PSM30




Hari ini Peguam mengadakan perjumpaan dengan tahanan PSM30 di Pejabat PSM di Chemor. Kumpulan Peguam diketuai oleh Ragu dan juga dibantu oleh peguamd ari Pulau Pinang. Mereka mengambil laporan dari setiap mereka yang didakwa. Kes akan dibicarakan pada bulan Oktober nanti.