Monday, March 28, 2011

27-3-11 PSM Semenyih anjur Mesyuarat Kawasan perjuangan Hulu Langat







Hari ini PSM Semenyih menjadi penganjur Mesyuarat dua bulan sekali isu permasalah kawasan-kawasan perjuangan di Hulu Langat. Mesyuarat kali ini turut juga membincangkan isu alam sekitar, isu hari pekerja dan juga perjuangan sana sini untuk dua bulan yang lalu.

PSM Semenyih lawat Ldg Bukit Jalil





Pada hari Sabtu, 26 Mac, PSM Semenyih diketuai oleh Pengerusi T.Ramalingam melawat Ladang Bukit Jalil untuk memberikan sokongan solidariti kepada penduduk disana.Program ini berjaya mengkongsi pengalaman terutamnya masalah dan pengalaman yang dihadapi oleh bekas Pekerja Ladang Sungai Rinching yang berjuang untuk 14 tahun.

JK Penduduk ladang Bukit Jalil bersama penduduk disana turut berkongsi pengalaman mereka.

27 Mac 11 Menjumpai Pangsapuri Suria di Sunway Semenyih





Kami agak terkejut kerana dapat menemui sebuah Pangsapuri di Sunway Semenyih. Yang anih adalah nama pangsapuri ini tidak tersenarai dalam senarai yang dikeluarkan oleh MPKJ. Kami juga sempat berjumpa dengan JK disana dan menemui Pengerusinya Sdr Rais.

Sdr Rais dan beberapa ahli JK sempat membuata duan mengenai kekurangan tempat letak kereta, isu rumah sampah, Pemaju enggan menyerah wang kutipan semasa menyerah tanggungjawab kepada JMB dan bebrapa isu lain.

Saya berkata akan berusaha untuk membuat satu pertemuan antara JMB dengan Pemaju bersama Pesuruhanjaya Bangunan COB untuk berbincang dan mencari penyelesaikan isu ini.

27 Mac - Menghulur bantuan kepada mangsa banjir Broga







Hari ini atas jemputan JKK Kampung Broga, saya menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Turut bersama adalah Encik Tan Kom Poh dari Pejabat Daerah Hulu Langat. saya memberitahu penduduk bantuan ini hanyalah sedikit tetapi isu yang lebih besar adalah mencari penyelesaian jangkamasa panjang supaya banjir dapat dihalang pada masa depan. Encik Chong - Ketua JK Broga mengucapkan tahniah kepada Encik Arul dan PSM kerana sentiasa membantu mereka apabila ada masalah.

Selepas upacara ringkas itu, kami melawat kawasan sungai untuk melihat bagaimana kita boleh cuba selesaikan isu banjir pada amsa depan. Antara cadangan adalah membina longkang U dan ini akan menelan belanja yang besar dan sudah pasti memerlukan sumber kewangan yang lebih tinggi.

27--3-11 Masalah kecurian di Pangsapuri Bandar Rinching Fasa 5





Hari Ini JK PSM diketuai oleh Simon dan Rajen bersama saya telah mengadakan perbincangan dengan JK Pangsapuri Bandar Rinching Fasa 5. Antara isu pokok yang diutarakan adalah mengenai isu keselamatan, kejadian jenayah dan kewujudan gang-ging kongsi gelap di kawasan mereka. Baru-baru ini juga kabel letrik telah dicuri.

Selain isu ini adalah isu anjing dan kucing liar, isu penyelenggaran dan kebersihan. Pihak kami telah meminta senarai rumah kosong yang telah manjadi rumah sampah dan senarai penghuni yang langsung tidak membayar wang penyelenggaran supaya MPKJ boleh membantu dari segi penguatkuasaan.

27--3-11 Melawat kampung Sireh




Sejak MPKJ mengambilalih Kampung Sireh, ada banyak perubahan. Kini ada papan jalan, ada lampu jalan dan juga kutipan sampah berjadual dibuat. Namun demikian, masih wujud masalah semak-samun dan ini kebanyakkan disebabkan oleh lot-lot individu yang tidak dighuni.Antara isu lain yang diungkitkan adalah masih ada tempat dan selekoh jalan yang memerlukan tsmbahan lampu jalan.

27-3-11 Sukaneka MPKJ -zon 18 bersinar








Sukanekas MPKJ berlangsung dengan penuh ceria dan seronok di Stadium Kajang. Kebanyakan zon hadir dengan baju t-shirt masing-masing. bagi zon 18, kami memakai baju zon iaitu merah dan dicampur kuning menjadikan jersey kita seperti jersey Negeri Selangor.

Mengikut Encik Karim - Penyelaras Sukaneka zon 18, zon 18 berjaya memenangi banyak acara. Syabas diucapkan kepada Encik Harim dan Hanapiah kerana menyelaraskan penyertaan bagi zon 18.

26-3-11 Seribu orang sokong PSM di Jelapang, Ipoh








Hari ini, lebih seribu warga tempatan dari Jelapang, Ipoh hadir memberi sokongan kepada program Malam perjuangan PSM Jelapang. Turut hadir adalah Pengerusi PSM Dr. Nasir Hashim dan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr. Jeyakumar. Tetamu khas Mantan Menteri Besar Perak Datuk Sri Nizar Jamaluddin turut hadir dan memberikan ucapan penuh semangat. Beliau berkata dalam PRU 13, PSM akan menggunakan logo PSM dan bersama PR akan menumpaskan UMNO-BN.

Komrad Saraswathy selaku pengerusi PSM Jelapang dan Timbalan pengerusi Nasional PSM amat popular dikalangan penduduk di tempatan dan ramai menyeru Saras untuk menjadi calon dalam PRU ke 13 nanti.

Saya turut berucap dan berkata rakyat perlu bersedia untuk pilihanraya dan jalanraya memandangkan musuh BN akan menggunakan pelbagai cara untuk terus berkuasa.

Selain ucapan, turut disajikan nyanyian dan skestsa dan tayangan video.

Saturday, March 26, 2011

26 Mac 2011 Perarakan 100 tahun wanita berjaya ! Bila polis tak kacau - perarakan lancar









Perarakan Walk and Rawk for Change (berjalan untuk perubahan) anjuran EMPOWER, Women's Aid Organisation, Sisters in Islam, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Suara Rakyat (SUARAM), Tenaganita, Centre for Independant Journalism (CIJ), Malaysia Youth and Students' Democratic Movement (DEMA), Persatuan Sahabat Wanita Selangor and All Women’s Action Society berjaya apabila peserta lebih 100 orang berjaya berjalan dari Pasar Seni Kuala Lumpur ke Dewan perhimpunan Cina, Selangor.

Para peserta dengan warna tema ungu memegang baner dan menjerit slogan Hidup Wanita ! Hormati wanita ! dan sebagainya dengan penuh semangat sepanjang perarakan dan juga mengedarkan risalah sepanjang jalan.

Yang anihnya, pihak polis langsung tidak kacau perhimpunan dan malah memberikan kerjasama yang cukup baik dari segi membantu trafik dan sebagainya. Tindakan polis yang bekerjasama dengan penganjur memastikan perarakan ini cukup berjaya.


Banyak spekulasi wujud mengapa polis tidak bertindak menyuraikan perhimpunan ini antaranya adalah imej polis ayng semakin teruk dikritik, pilihanraya Sarawak dan juga kehadiran anak perempuan mantan Perdana Menteri Badawi dalam perhimpunan ini.

Parti Sosialis Maolaysia (PSM) dan JERIT turut hadir menyokong tuntutan penganjur dan bersama dalam program ini

Mengapa ‘Walk and Rawk for Change'
• Setiap hari, 10 orang wanita melaporkan kes berkaitan penderaan fizikal, seksual dan emosi;
• Sebanyak 9,575 kes perkosaan dilaporkan sepanjang 5 tahun;
• 4 orang wanita diperkosa di Malaysia setiap hari;
• Kes penderaan pekerja asing semakin meningkat;
• Kadar gaji minimum masih belum dikuatkuasakan di Malaysia;
• Gaji pekerja ladang wanita adalah jauh di bawah garis kemiskinan;
• Akta Pekerjaan telah diubahsuai sehingga mengenepikan hak wanita di tempat kerja;
• Perlembagaan Malaysia mengandungi klausa yang berterusan mendiskriminasikan wanita;
• Pengubahsuaian Akta Undang-Undang Keluarga Islam telah menidakkan hak-hak wanita Muslim;
• Penyertaan wanita dalam politik adalah kurang dari 10% sepanjang tempoh 20 tahun;
• Tiada peningkatan terhadap penyertaaan wanita dalam tenaga kerja, hanya 47% sepanjang tempoh 20 tahun;
• Isteri warga asing yang telah bermastautin di Malaysia selama 10 tahun masih dinafikan hak taraf penduduk tetap.