ShareThis

Saturday, August 29, 2009

29 Ogos 09 - BUAT ADUAN POLIS KUTUK TINDAKAN PERKAUMAN





Saya cukup marah semalam melihat imej lebihkurang 50 orang petunjuk perasaan yang membawa kepala lembu dimana mereka telah membuat perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di seksyen 23, Shah Alam.

Saya tidak membantah isu perhimpunan atau isu perhimpunan tanpa permit. Yang saya amat kecewa adalah tindakan ini cukup rasis dan perkauman. Ia dibuat tanpa sebarang sikap menghormati hak dan agama orang lain. Hari ini. Saya gembira kerana bersama saya ada ramai orang Melayu Islam yang turut membuat aduan polis atas tindakan kumpulan ini.

Dibawah adalah sedutan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,
“Sementara menunggu tarikh perjumpaan tersebut, katanya, kerajaan negeri menggesa penduduk berkenaan supaya bertenang dan tidak dipengaruhi fakta-fakta yang tidak benar “yang sengaja diapi-apikan oleh kumpulan yang memang berniat jahat terhadap keharmonian rakyat dan kestabilan politik kerajaan Selangor”.

“Sekali lagi, marilah kita sama-sama memelihara sikap bertimbang rasa, rasional dan saling hormat menghormati kerana inilah cara terbaik bagi menyelesaikan hal ini,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Kerajaan negeri, katanya, kesal dengan tindakan menghina, menghasut dan menimbulkan kemarahan di kalangan penganut agama lain yang diapi-apikan oleh segelintir kumpulan pembantah yang berarak membawa kepala lembu sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam.

Abdul Khalid berkata, ketika rakyat sedang bersiap sedia untuk menyambut Kemerdekaan negara, sikap tidak bertolak ansur terhadap agama lain yang masih wujud di kalangan segelintir rakyat Malaysia itu, sangatlah dikesali.

“Kejadian dan tindakan menghina agama orang lain itu menyebabkan seluruh negara ini dilihat undur kebelakang dalam usaha mewujudkan rasa hormat terhadap kepelbagaian agama dan adat resam dalam kalangan penduduk pelbagai keturunan. “


Hari ini saya membuat aduan polis terhadap kumpulan ini dan juga pihak polis yang tidak mahu mengambil tindakan semalam. Turut membuat aduan polis adalah Ahli Majlis MPSA PSM , Sdr. A.Sivarajan.

PSM amat kesal atas insiden ini dan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang cubaan oleh mana-mana pihak untuk menimbulkan ketegangan kaum.

28 Ogas - 9 soalan yang dikemukan untuk Mesyuarat Penuh Ahli Majlis

Mesyuarat Ahli Majlis kali ini cukup hebat dan hangat. Dua isu menjadi kontroversi apabila Ahli Majlis meminta dibatalkan sahaja 5 Kontrakter Alam Flora yang paling banyak mendapat aduan. Selain itu isu Pasar ramadan di Tesco Kajang juga menjadi kontroversi apabila ada pihak yang tidak mendapat kelulusan telah membuka pasar Ramadan. Pihak YDP terpaksa campurtangan.

Dibawah adalah soalan yang saya utarakan :

USUL, UCAPAN PENANGGUHAN DAN PERSOALAN UNTUK DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT PENUH AHLI MAJLIS OGOS 2009 – MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

1. Balai Polis/Pondok Polis

i. Apakah kreteria yang perlu ada untuk sesebuah taman atau kawasan perumahan mempunyai khidmat Balai Polis atau Pondok polis.
ii. Siapakah membuat keputusan dan memberikan kelulusan atau kebenaran untuk sebarang pembinaan Balai Polis di kawasan perumahan.
iii. Siapakah membiayai kos pembinaan Balai tersebut?
iv. Adakah tanah diperuntukan untuk setiap kawasan perumahan untuk tujuan ini

2. Bandar Semenyih

i. Adalah difahamkan bahawa status Pekan Semenyih sudah bertukar kepada status Bandar dan jumlah penduduk juga telah meningkat ekoran pembinaan Universiti Nottingham dan juga cadangan penempatan Polis Pasukan Gerakan Am(PGA) di Semenyih
ii. Selaras dengan peningkatan status ke Bandar Semenyih, apakah kemudahan infrastruktur dan kemajuan yang telah dan akan dibuat untuk merealisasi Semenyih sebagai sebuah Bandar.
iii. Adakah sebarang piawaian untuk membezakan sebuah pekan dan sebuah Bandar ?

3. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

i. Sejak SPRM diluluskan di Dewan Rakyat pada Disember 2008, adakah terdapat mana-mana Pegawai atau Ahli Majlis disiasat oleh SPRM?
ii. Adakah sebarang dokumen diambil atau dirampas oleh SPRM untuk tujuan siasatan di kawasan MPKJ?
iii. Adakah garispanduan Kerajaan Negeri untuk Pejabat ADUN juga digunapakai untuk MPKJ atau adakah sebarang garispanduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk diikuti oleh MPKJ atau PBT berkait dengan SPRM.

4. Pembinaan Sub-station TNB di kawasan perumahan

i. Sila kemukakan pelan asal Projek di Bukit Semenyih untuk mengenalpasti samada Bangunan TNB substation memang bercantum dengan rumah dalam pelan asal yang diluluskan
ii. Kesan daripada masalah di Bukit Semenyih, adakah MPKJ mempunyai sebarang kreteria dan syarat baru untuk pembinaan sub-station di kawasan baru


5. Perhentian Bas Sentral Semenyih


i. Bas awam tidak pergi ke Perhentian Bas Sentral. Ini menyukarkan peniaga disana dan juga pemandu texi sah di Semenyih kerana tiada penumpang
ii. Mesyuarat Infrastruktur mencadangkan Perhentian bas tersebut digazet supaya ia akan memaksa pemandu bas melalui Perhentian bas tersebut dan untuk membolehkan kerja-kerja penguatkuasaan dilakukan.
iii. Bilakah dan berapa lama proses mengazet perhentian bas ini akan dilakukan?
iv. Apakah langkah yang akan diambil untuk membenteras perniagaan kereta sapu di kawasan Semenyih?

6. Kemiskinan Bandar


i. Penerimaan permohonan Borang kemiskinan Bandar difahamkan sudah dibekukan.
ii. Apakah sebab untuk pembekuan ini dan bilakah ia akan diproses semula ?
iii. Sejak tahun 2008, berapa banyak permohonan yang telah diterima dan berapa banyak orangkah yang sudah menerima bantuan dari Program pembasmian Kemiskinan Bandar ini?

7. Perumahan Kos rendah


i. Berapa banyak rumah kos rendah yang sudah siap dibina yang masih belum didiami orang?
ii. Berapakah banyak permohonan untuk perumahan kos rendah telah diterima dalam kawasan jajahan MPKJ?
iii. Satu bancian baru untuk setinggan dijangka diadakan sebelum akhir tahun ini. Adakah MPKJ terlibat dalam bancian ini ?

8. Taman Permainan

i. Vandalism merupakan satu masalah di kawasan Taman permainan.
ii. Bolehkah Taman permainan ini diletakkan dibawah kawalan Persatuan Penduduk dimana satu bajet diberikan untuk mereka menyelenggarakan Taman permainan tersebut.
iii. Dengan cara ini ada sifat tanggungjawab oleh penduduk tempatan ( a sense of belonging)

9. Papan tanda – Kontraktar Sampah

i. Dulu pernah disarankan bahawa setiap taman perumahan akan mempunyai papantandan mengenai tarikh pengutipan sampah, nama kontrakter, Pengawas MPKJ dan Ahli Majlis. Bilakan cadangan ini akan diimplementasi?

Arutchelvan A/l Subramaniams (No telepon 019-2537791)
Ahli Majlis - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2009/2010

27 Ogos - Memeriksa jalan dan longkang baru di Broga






Setelah mendapat aduan dari masyarakat Broga, akhirnya kita dapat sedikit sebanyak membuat kerja-kerja menurap jalan dan membina longkang di Jalan menuju Kampung Orang Asli. Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM 20,000 manakala MPKJ membelanjakan lebihkurang RM 20,000 untuk menurap semula jalan tersebut. Tindakan ini dibuat untuk melebarkan jalan di tempat masuk dan keluar ke Jalan Kampung Orang Asli. Sebelum ini hanya satu kereta sahaja boleh masuk dan keluar sekali dan dengan kerja ini, kereta boleh keluar dan masuk dengan selesa.

Lawatan dan tinjauan saya bersama Ahli Parlimen Dr. Che Rosli juga telah mendapati bahawa longkang dikawasan ini memang tidak dibersihkan untuk satu jangkamasa yang agak lama. Saya akan berbincang dengan kontrakter untuk mengatasi masalah ini.Selain itu, JPS juga bersetuju memulakan kerja-kerja mengorek sungai pada bulan September ini untuk mengelak banjir berlaku.

26 Ogos - Dikunjungi Intern dari Korea Selatan




Eun Ju, seorang intern dari Gerakan Mei 18, Kwanju Korea Selatan telah melawat pejabat PSM di Brickfield. Walaupun menghadapi masalah berkomunikasi, namum beliau amat tertarik dan ingin mengetahui cara-cara mengorganisasi masyarakat setempat. Saya pula amat tertarik untuk mengetahui keadaan masakini gerakan buruh dan Kesatuan Sekerja di Korea Selatan dan pandangan rakyat Korea tentang Korea Utara. Beliau juga akan berada di Malaysia sehingga bulan Oktober dan akan melawat kawasan-kawasan seperti masyarakat Peneroka Bandar, Pekerja Ladang dan Orang asal.

24 Ogos - Perjuangan Buah Pala menuju kemana?




Hari ini saya, Dr. Kumar dan Rani telah pergi ke Kampung Buah Pala, Pulau Pinang untuk mengadakan satu mesyauarat membincangkan isu penduduk tetapi malangnya mesyauarat tersebut terpaksa dibatalkan ekoran beberapa pemimpin Kampung Buah Pala diberitakan telah pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan beberapa orang Koperasi dan mesyuarat dikatakan telah diatur oleh UMNO.

Bagi penduduk, mereka mahukan masalah ini selesai tidakkira pihak mana yang membantu. Bagi PSM, kita mahukan para penduduk berbincang secara rasional dan membuat keputusan secara kolektif. Namun nampaknya kepimpinan berkejar kesana kesini dan ramai penduduk Kampung agar keliru mengenai masa depan mereka.

PSM akan terus dan sentiasa menyokong perjuangan penduduk Buah Pala asalkan tuntutan mereka adalah munasabah dan selagi mereka bersedia untuk berjuang untuk merealisasikan tuntutan mereka.

23 Ogos - Perkhawinan Tamil Suresh & Sudha







Hari ini, Sdr. Suresh - Ahli Perwakilan PSM Pahang telah berkhawin secara tradisi dengan Sudha. Perkhawinan berlangsung di Cameron Highland. Perkhawinan mereka diadakan mengikut cara perkhawinan Tamil iaitu sesuatu yang jarang dilakukan pada hari ini dimana hampir kesemua perkhawinan adalah perkhawinan berlandaskan agama Hindu. Diumumkan bahawa inilah kali pertama satu perkhawinan cara Tamil diadakan di Cameron Highland. Dewan penuh sesak dan ramai komrad yang hadir dan antaranya adalah Komrad Saras - selaku Timbalan Pengerusi PSM dan Sdr. Jeyakumar- Ahli Parlimen Sungai Siput. Ramai juga ahli-ahli PSM yang jarang berpakaian saree, hari ini muncul dengan pakaian saree berwarna-warni. Upacara ini memang simple dan Dewan juga tidak dihiasi secara mewah dan ini menonjolkan kesederhanaannya yang cuba diutarakan oleh jodoh ini. Harapan kami adalah mereka akan terus gembira bersama dan mengembirakan rakyat disekeliling mereka.

22 Ogos 09 DEMA - 10 tahun dalam perjuangan






Saya menghadiri upacara sempena ulang tahun ke-10 pertubuhan DEMA (Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia). Program ini diadakan dalam sebuah bilik di Sekolah Menengah Confusion di Kuala Lumpur. Pada awalnya saya menjangkakan ramai orang akan hadir dan dapat berjumpa dengan pemimpin-pemimpin DEMA untuk sepuluh tahun tetapi hanya lebihkurang 30 orang yang hadir dan ramai yang orang baru.

Saya memang mengikuti perkembangan DEMA denagan dekat dan pernah dirujuk oleh pemimpin-pemimpin mereka dari masa ke semasa. Jarang saya menolak pelawaan mereka kerana saya merasakan mereka adalah satu komponen penting dalam perjuangan kita.

Namun satu diskusi yang menarik juga diadakan mengenai Perjuangan DEMA dalam 10 tahun. Para Ahli Panel adalah Sdr. Lee Khang, Chee Fatt dan Neow Ti Hooi . Antara isu yang menarik perhatian saya ialah isu recruitment ahli dan persoalan samada menyokong Pakatan rakyat atau menjadi kuasa ketiga.

Saya juga membuat sedikit ulasan dalam program ini dimana saya mengatakan DEMA sering mengeluarkan antara aktivis yang paling baik di Malaysia dan peranan DEMA terus penting untuk gerakan perjuangan negara kita. Saya amat berharap DEMA satu-satunya GERAKAN Pelajar yang progresif masa kini akan terus memainkan peranan mereka dalam membesarkan organisasi dan pengaruh mereka di kalangan mahasiswa negara kita.

Friday, August 21, 2009

20 Ogos - PSM Semenyih bincang strategi baru



Hari ini satu mesyuarat khas antara AJk Cawangan PSM Semenyih telah diadakan untuk membincangkan bagaimana PSM boleh memainkan peranan di DUN Semenyih dengan lebih berkesan, lebih menyeluruh dan pada masa yang sama membina kuara rakyat. Satu strategi baru dimana DUN Semenyih dipecahkan keepada 8 pecahan kawasan telah dikenalpasti untuk membolehkan PSM memberi khidmat dengan lebih berkesan.

20 Ogos 2009 - Alam Flora janji pastikan kebersihan Taman Tasek Semenyih



Hari ini satu mesyuarat telah diadakan diantara wakil Penduduk Taman Tasek Semenyih diketuai oleh Datuk Fuad dengan pihak Pengawal MPKJ bahagian Perkhidmatan Bandar dan landskap, Pengawas Alam Flora dan kontrakter sampah dari TERAS dan NENNETH. Mesyuarat berbincang mengenai sampah yang tidak dikutip dan dibiarkan dalam beg plastik, mengenai sampah pukal dan pokok-pokok yang tidak ditebang. Hasil mesyuarat memutuskan bahawa kerja pengawasan akan dibuat dengan lebih rapi dan sampah pukal akan dikutip pada hari Ahad minggu depan. Beberapa pokok juga telah dikenalpasti untuk ditebang. Penduduk juga gembira dengan perkembangan ini dan berharap isu-isu kebersihan di Taman Tasek Semenyih dapat diatasi.

19 Ogos - Mesyuarat Infra ada perkembangan positif

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa kecil Infrastruktur dan lalulintas MPKJ, saya memang naik marah dengan JKR kerana masih tidak dapat memberikan satu alasan yang munasabah mengapa Jalanraya antara Semenyih dan Bandar Rinching tidak ada lampu jalan. Saya juga mendapat syor bahawa penurapan jalan di Bandar Rinching Seksyen 1 hingga 4 akan dimulakan tidak lama lagi dan akan diberitahu kepada kami pada akhir bulan ini.

Dibawah adalah soalan bertulis saya untuk mesyuarat kali ini.

19 Ogos 2009 DENGAN FAX/TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP - Fadilah Binti Razalli,Pemangku Pengarah,Jabatan Kejuruteraan,)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ BAGI BULAN OGOS 2009

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

i) Memerlukan satu “island” di Jalan Besar, Semenyih

• Setelah kita memasuki jalan besar di pekan Semenyih, ia menjadi pelik di hujung jalan semasa menghampiri jalan dihadapan pasar Semenyih.
• Memerlukan satu pulau tiga segi untuyk menyenangkan orang ramai melintas jalan

ii) Tembok penghalang – Taman Cheras Perdana Ria


• Aduan bahawa penduduk Pangsapuri terpaksa melihat kubur setiap hari kerana tidak ada tembok untuk menutup permandangan yang bagi penduduk mengerunkan

iii) Longkang pecah di Gerai hadapan Padang Semenyih

• Tidak ada tempat untuk air mengalir keluar kerana longkang pecah dan hanya benteng dibina
• Lokasi gerai adalah hadapan padang Semenyih, mengadap sekolah Sin Ming.

iv) Pekan Semenyih ke Bandar Rinching – Isu lampu

• Memandang serius tiada lampu sepanjang jalan besar
• Jalan selepas Tesco sehingga Bandar Rinching Seksyen 5 juga gelap dan tiada lampu

v) Penurapan Jalan – Bandar Rinching Seksyen 4

• Keselutuhan jalan di Seksyen 4 Bandar Rinching memerlukan diturap semula
• Teruk sekali jalan tersebut


Sekian Terima Kasih

S.Arutchelvan
Ahli Majlis

18 Ogos - Meninjau kilang Glopadu




Ekoran daripada aduan dari Sdr. Hamzah, akhirnya pasukan PSM diketuai oleh saya dengan dua kereta pergi meninjau kilang Glopadu. Memang kilang ini terletak di kawasan terpencil dan jalanraya kesana teruk. Kawasan kilang ini ditutup dan memang ada aktiviti yang mencurigakan. Kami memantau dari luar apabila ada lori mengangkut bahan-bahan dalam beg plastik putih. Dari temuramah kami dengan beberapa orang, ramai yang tidak mengetahui aktiviti sebenar kilang tersebut dan diberitahu mereka bekerja beberapa hari sahaja dalam seminggu. Ada juga aduan bahawa mereka membuat pembakaran seperti plastik. Disebabkan tidak ada Unit Penguatkuasa bersama kami, kami tidak merempuh masuk kali ini. Saya dalam proses menulis surat kepada beberapa Jabatan penting dan bercadang untuk kembali ke sana dengan satu pasukan yang lebih besar.Memang aktiviti dari tinjauan kami perlu disiasat.

16 ogos - Longkang pupus di Jalan Besar Semenyih



Saya mendapat aduan bahawa, longkang di belakang gerai di Jalan Besar, Semenyih (hadapan padang awam Semenyih)tidak ada setelah Kerajaan membina tembok di belakang gerai tersebut. Tuan punya gerai memberitahu bahawa tidak ada jalan keluar untuk air buangan. Saya menziarahi kawasan tersebut dan akan membawa kepada perhatian Jawatankuasa Infrastruktur semasa Mesyauarat 19 ogos 2009.

16 ogos - Penduduk masih bantah Menara Digi Bukit Semenyih





Hari ini satu pungutan suara telah diadakan dan Penduduk dari tiga kawasan perumahan iaitu Pangsapuri Mutiara Taman Bukit,Penduduk Taman Semenyih Mewah dan Penduduk Taman Bukit Semenyih dijemput untuk berdialog dan memberi pandangan mereka mengenai Isu menara pemancar DIGI.

Perjumpaan hari ini turut dihadiri oleh Ahli Majlis dari jabatan OSC iaitu Sdr. Chandramohan dan dan Sdr. Lee. Mesyauarat ini diadakan setelah ada kekeliruan samaada penduduk menyokong atau mambantah menara DIGI setelah dua pihak memberi pandangan yang berbeza kepada MPKJ.

Saya mengatakan bahawa keputusan adalah ditangan mereka kerana merekalah yang tinggal disana.Mereka harus membuat keputusan yang jelas.

Namun pada hari ini, hampir kesemua penduduk yang hadir membantah pembinaan Menara tersebut.Pada asalnya Pemaju bercadang membina Menara DIGI dihadapan tanah lapang pangsapuri Mutiara Taman Bukit.

Selain isu ini, penduduk juga mengungkitkan isu mengenai Padang Permainan kanak-kanak dan tiada signboard yang memadai di kawasan tersebut.Sdr. Chandramohan mengatakan bahawa kemungkinan MPKJ akan membuat bancian untuk mengetahui persepsi orang mengenai menara ini.

14 ogos - Segar mendapat Ijazah



Saudara Segar, anak seorang penoreh getah dan datang dari keluarga miskin di kawasan perladangan Sungai Siput hari ini telah menerima Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens undang-undang dari Universiti Malaya. PSM mengucapkan tahniah kepada Saudara Segar atas kegigihan dan komitmen beliau. beliau adalah seorang pejuang akarumbi dan aktivis masyarakat selain dari menajdi Ahli Jawatankuasa Pusat PSM. Kami percaya dengan ijazah ini, Saudara Segar akan terus membuka lembaran baru dan sentiasa mencabar sistem perundangan negara dengan membela nasib kaum marhaen.

13-8-2009 - Menerima watikah Ahli Majlis dari MB Selangor


Hari ini Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Negeri Selangor diberikan surat watikah perlantikan oleh Tan Sri Khalid- Menteri Besar Selangor. Tempoh pelantikan adalan untuk setahun sehingga bulan Julai tahun depan. Hampir 80% Ahli Majlis lama dikekalkan. Bagi MPKJ hanya seorang sahaja Ahli Majlis ditukar iaitu Sdr. Ali Hanapiah manakala Sdri. Carmen telah meletak jawatan. Bagi Ahli Majlis PSM, kami akan memulakan satu kempen untuk mendesak kerajaan Negeri Selangor mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan untuk membolehkan rakyat memilih Ahli Majlis mereka sendiri. dengan cara ini, amalan pilihkasih dan rasuah dapat diatasi.

Tuesday, August 11, 2009

10 Ogos - Melawat Ahli CC yang cedera semasa Perhimpunan ISA 1 Ogos



Hari ini saya melawat Komrad K.Segar - Ahli Jawatankuasa Pusat PSM yang cedera di kedua-dua kaki semasa menghadiri perhimpunan Bantah Akta ISA pada 1hb.Ogas di Kuala Lumpur. Pada hari tersebut, akibat keganasan polis, beliau tertolak jatuh di kawasan Sogo. Beliau kemudiannya dikejarkan ke Hospital Besar melalui ambulan. Beliau berterimakasih kepada Unit Amal PAS dan pihak Sogo yang membantu beliau semasa menghadapi kecederaan tersebut. Kini beliau sedang mengadakan perbincangan samada hendak menyaman pihak polis.

Semasa pertemuan dengan beliau, Komrad Segar mengatakan bahawa beliau masih merasa sakit dan beliau kini mengambil ubat hospital dan ubat tradisi. Beliau juga semakin bersemangat untuk beraksi semula walaupun kecederaan di kedua-dua kakinya.

Monday, August 10, 2009

9 Ogos - Pelancaran Pejabat PSM di Seremban





Hari ini, Pejabat PSM Seremban di jalan Rasah telah dibuka dengan rasminya. Saya diberi penghormatan membuat pembukaan Pejabat ini setelah Pegerusi PSM tidak dapat hadir. Upacara ringkas dimulakan dengan Pengerusi PSM Seremban Sevamani membuat ucapan pembukaan dan juga menceritakan sedikit penglibatan mereka di Seremban. Saya turut memberi ucapan dan kemudiannya merasmikan Pejabat PSM Seremban dengan rasminya. Makanan juga dihidangkan dan para hadirin juga melawat Pejabat PSM Seremban yang serba indah itu.

9 Ogos - Mesyuarat NC ke 4 di Balakong





Jawatankuasa Nasional PSM telah mengadakan mesyuarat kali keempat di Pejabat Baru PSM Kajang di Pekan Balakong. Seramai 40 orang delegasi hadir dan antara isu penting yang dibincang adalah meluluskan beberapa keputusan penting semasa Kongres PSM ke 11. Mesyuarat juga berbincang rancangan PSM dalam menangani krisis Ekonomi dan pembentukan One Stop Centre iaitu cubaan PSM membina kewangan parti.