Monday, October 26, 2009
Sunday, October 25, 2009
24 Okt - Mesra Deepavali di Sg. Jelok
23 Okt - Surprise Birthday untuk Bendahari Nasional PSM
A.Sivarajan, Bendahari Nasional PSM dan Ahli Majlis Shah Alam mendapat kejutan semasa Hari jadinya yang ke 40. Beliau pertama dikejutkan oleh Ahli Keluarganya dan kemudian oleh rakan-rakan seperjuangnya. Selamat hari jadi Komrad ku yang kini dalam umur paling matang dan semoga setiap hari depan menjadi pedoman kepada diri dan rakan-rakan seperjuangan yang lain.
22 Okt - Hujan ribut sambut Deeparaya MPKJ
Perayaan Hari raya Deepavali anjuran MPKJ di perkarangan MPKJ menjadi agar kelam kabut dengan hujan ribut yang begitu kuat. Ini telah menimbulkan banyak masalah dari segi untuk orang ramai datang. Namun ramai juga yang hadir dan banyak makanan pelbagai budaya turut dihidangkan. Ini mungkin merupakan masa yang paling mencabar kerana semasa sambutan, banyak tempat disekeliling kajang yang dinaiki banjir kerana hujan ribut yang kuat.
20 Okt 09- Jalan Pintas ke sekolah perlu di tar di Pelangi Semenyih
Isu mengenai jalan pintas ke Sekolah di Semenyih Pelangi telah dibawah kepada perhatian saya oleh Persatuan penduduk Taman Semenyih pelangi dan juga baru-baru ini dalam mesyuarat MPP zon 18 oleh Sdr. Kamal.
Ramai kanak-kanak sekolah menggunakan jalan ini dan pada musim hujan, jalan ini menjadi becak dan berlumpur kerana ia adalah jalan tanah. Saya sudah mengusulkan pihak MPKJ mentar jalan tersebut tetapi adalah didapati bahawa ia melibatkan tanah persendirian dan memerlukan kebenaran Tuan tanah. Saya telah meminta pihak MPKJ mengemukakan nama Tuan Tanah untuk membolehkan saya berunding dengan mereka. Hari ini saya berkunjung dengan Bahagian kejuruteraan MPKJ.
20 Oktober 2009 - Wujudkan road curve di Jalan Besar , Semenyih
Saya telah mendapat aduan dari Jk Taman Tasek Semenyih bahawa jalan di hujung jalan Besar, Semenyih dihadapan pasar Semenyih agar keliru. Saya kemudian telah menulis surat meminta satu "island" jalan dibina untuk menyenangkan pengguna jalanraya untuk belok ke kanan atau kiri.
Hari ini saya bersama Pegawai dari jabatan Kejuruteran MPKJ meninjau jalan ini. hasil tinjauan dah jelas bahawa perlu dibuat sesuatu kerana tidak ada tanda yang jelas untuk pengguna jalan mengguna manakala ramai juga yang memasuki jalan ini walaupun ia adalah jalan sehala.
18 Oktober - 10,000 satay habis di Program Raya Deepavali di Semenyih
Apa hendak dikata. 10,000 satay habis dengan sekelip mata sahaja semasa sambutan Raya dan Deepavali di Dewan Semenyih anjuran Pakatan Rakyat Pejabat DUN Semenyih. Namun saya juga sedikit dukacita melihat perangai sedikit orang yang dengan amat gelojoh dan kurang sopan membungkus makanan dengan kuantiti yang banyak. Sikap segelintir mereka menyebabkan ramai orang tidak dapat menjamu makanan.
Jamuan ini juga dihadiri oleh Sdr. Dr. Xavier selaku ADUN Angkat bagi DUN Semenyih dan juga Pegawai Daerah Hulu langat. Dr. Xavier dalam ucapan beliau mengatakan bahawa rundingan air Kerajaan Negeri dengan Persekutuan semakin berjaya dan jika semuanya baik, maka Selangor tidak akan lagi menaikkan harga air.
4pm 18 Okt - Deepa raya Pakatan Rakyat di Kajang
Mengunjungi rumah komrad sempena Deepavali
Kesempatan ini diambil untuk mengunjungi rumah komrad-komrad PSM yang lain. Saya sempat mengunjungi rumah Pengerusi PSM Semenyih Sdr. T.Ramalingam yang baru masuk ke rumah barunya di Pangsapuri Baiduri di Kesuma. Saya juga melawat rumah Shanmuganathan -Penyelaras PSM di Sungai Jelok dan rumah bendahari PSM Semenyih, Saudara Ganesan yang juga dikenali dengan nama Lenin kerana rupa paras kepalanya. Inilah satu satunya masa Ahli PSM mengambil cuti dan berehat seketika.
18 Oct 2pm-Sesak Perayaan Raya di Bandar Baru Bangi
Saya dan kawan-kawan PSM mengunjungi Perayaaan Hari Raya dan Deepavali anjuran ADUN Bangi Dr. Shafie dan Ahli Parlimen Serdang Teo. Walaupun perayaan ini bermula pada 2.00 tengahari tetapi saya difahamkan tempat itu sudah penuh sesak dengan tetamu sejak 1.30 tengahari. Dr. Shafie dan Ahli-ahli Majlis PAS aktif melayan tetamu yang sememangnya begitu ramai. Program ini diadakan di Komplek Sukan MPKJ di BBB,
18 Oct 8am - Breakfast Raya di Pasar Beranang
Hari ini ada banyak sangat jamuan Hari raya dan Deepavali dan biasanya ia dibuat serentak. Tarikh ini amat popular kerana menandakan akhir bulan Syawal dan juga sehari selepas Hari Deepavali untuk membolehkan dua perayaan ini dirayakan secara serentak.Saya memulakan hari dengan program anjuran PAS Semenyih iaitu Breakfast Raya di Pasar Beranang. Ramai orang yang datang ke Pasar mengambil kesempatan untuk berehat dan ambil sarapan di khemah yang disediakan. Makanan yang dihidang simple sahaja iaitu makanan utama adalah Roti canai dan juga ada juadah yang lain. Saya juga memberi sedikit ucapan. Turut bersama adalah Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli, Dr. Zulkifli- calon Bagan Pinang PAS, Sdr. Shamsul Ahli Majlis dan Haji Razali iaitu Ketua PAS Hulu Langat. Ramai pengunjung Pasar juga mengucapkan selamat Hari Raya dan Deepavali. Program ini walaupun sederhana tetapi dapat memesrakan rakyat dengan kami.
Saturday, October 24, 2009
14 Okt - Mesyuarat Infra - 9 isu kawasan diungkitkan
S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791
14 Oktober 2009 DENGAN TANGAN
Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP - Fadilah Binti Razalli,Pemangku Pengarah,Jabatan Kejuruteraan,)
ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ BAGI OKTOBER 2009
Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini
i) Pelangi Semenyih
• Ada permohonan popular untuk meminta jalan pintas ke Sekolah Pelangi Semenyih yang digunakan ramai orang kanak-kanak di tar
ii) Taman Manikavasagam
• Masalah tekanan air kurang dan aduan bahawa banyak paip sudah rosak dan lama
• Meminta menambahan lampu di taman mereka
• Pokok tinggi menghalang tiang lampu
iii) Broga
• Meminta jalan ke Kampung Orang asli dipasang lampu jalan dan jalan itu ditar sehingga akhir
iv) Taman Sri Tanjung
• Meminta satu padang bolasepak di fasa baru
• Meminta bonggol jalan di Jalan 11, Taman Sri Tanjung
v) Pangsapuri Kampung Baru Semenyih
• Penduduk Pangsapuri diantara Blok A dan B risau kerana ada lubang besar (sink –hole) diantara dua blok ini
• Ada juga masalah keretakan yang luas dalam pangsapuri ini
vi) Taman Sri Langat ,kajang
Masalah Keretakan bonggol di Jalan Langat 1, Taman Seri Langat, Jalan Reko. Bonggol di jalan ini telah retak dan berlubang-lubang menyebabkan orang ramai susah untuk menggunakan jalan ini.
vii) Jalan haram di Bandar Rinching Seksyen 1
Persatuan Penduduk Bandar Rinching mempersoalkan jalan haram bertar yang dibenarkan dibina antara sebuah rumah individu dengan jalan besar semenyih – Beranang
viii) Kajang Utama
• Jalan 3/10, Kayangan Apartment Kajang Utama di taman permainan, lampu rosak dan longkang sampah teruk
• Di jalan besar pekeliling Taman Kajang Utama, sebelah sekolah rendah kebangsaan lampu rosak.
ix) Bandar Teknologi
Jalan menuju kawasan perumahan Bandar teknologi tidak ada lampu walaupun ada tiang lampu. (012-6602253)
Sekian Terima Kasih
S.Arutchelvan
Ahli Majlis

13 Okt - Bawa isu 5 kawasan dalam mesyuarat Khidmat Perbandaran
Dibawah adalah isu-isu yang diutarakanm oleh saya semasa mesyuarat Jawatankuasa kecil Perkhidmatan Bandar
S. Arutchelvan
Zon 18, No 12, Tingkat 3, Jalan 5/12, Bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel: 019-2537791
13 Oktober 2009
Kepada,
Dato Hasan Nawani B Abdul Rahman,
Yang Di Pertua,
Majlis Perbandaran Kajang, Tingkat 7B.
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor D.E
(UP-Haji Arshad Bin Haji Salleh, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan)
Tuan,
ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PERKHIDMATAN BANDAR, MAJLIS PERBANDARAN KAJANG BULAN OKTOBER
Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini.
i. Taman Tasek Semenyih
• Ribut telah menyebabkan banyak pokok rhu tumbang menyebabkan masalah lalulintas, longkang tersumbat dll. Penduduk menyarankan pokok rhu ditebang dan digantikan dengan pokok jenis lain yang tahan keadaan cuaca ribut.
• Jalan 4, keadaan taman permainan yang teruk dan tidak terjaga. Penduduk meminta gotong royong diadakan.
ii. Taman Sri Tanjung
Penduduk meminta tong sampah besar diletakkan dikawasan kedai. Kini sampah kedai bertaburan dan tidak diurus dengan baik
iii. Kampung Tanjung
Ada permintaan untuk tong sampah besar diletakkan ke jalan masuk Kampung ini dan ini adalah bertujuan menghalang orang membuang sampah di sungai
iv. Bandar Rinching Seksyen 4
Masalah nyamuk yang ketara di Seksyen 4 terutamnya longkang di jalan 4/11 yang berada dalam keadaan teruk dan tidak bersih. ( Pengadu 012-3876372)
v. Taman Manikavasagam
• Sampah sarap terbiar di Jalan 4, Longkang sumbat penuh dengan batubata, pokok tumbang tidak dialihkan.
• Padang di jalan 6 perlu dibersihkan dan begitu juga dengan longkang.
• Pondok kosong di jalan 1 kacau ganggu
• Banyak rumah kosong yang penuh dengan semak samun
Saya amat mengharapkan mendapat maklumbalas mengenai perkara-perkara yang diutarakan.
Sekian Terima Kasih
Yang benar,

11 Oktober - Gotong royong di Taman Manikavasagam
Jawatankuasa Baru Taman Manikavasagam telah menganjurkan gotong royong bersama dengam MPKJ. Ramai belia tempatan ada mengambil bahagian dan dua lori penuh sampah dapat dipunggut. Namun demikian, banyak tempat lain masih belum sempat dibersihkan kerana tidak cukup lori. Program ini juga diadakan seminggu sebelum perayaan Deepavali. Kerja-kerja pembersihan bersama ini perlu digalakkan dan diteruskan.
10 Okt - Sederhana dan meriah - Sambutan Hari Raya zon 18
Satu jamuan telah diadakan bersama dengan JK Penduduk Bandar Rinching diketuai oleh Sdr. Kamal. Jamuan yang cukup sederhana dan meriah ini diadakan untuk menyambut Hari raya Aidilfitri. Turut hadir adalah Ahli Parlimen Hulu Langat iaitu Sdr. Dr. Che Rosli. Saya turut telah memberikan ucapan dan ramai pemimpin Taman berhampiran juga telah memberikan ucapan dan pandangan mereka. Makanan yang agar sederhana telah disediakan. Sdr Kamal juga menjadi MC sementera menghiburkan para hadirin dengan ucapan dan diselang seli dengan muzik.
9-10-09 Mesyuarat ke 3 MPP zon 18
Mesyuarat ke tiga MPP zon 18 berlangsung dengan berjayanya. Semua kawasan termasuk kawasan kampung dibawah zon 18 hadir ke mesyuarat kecuali Taman Pelangi Semenyih. Mesyuarat menilai balik masalah dan aduan sebelum ini dan didapati hampir 70% isu yang telah dibawa dapat diselesaikan. Mesyuarat juga berbincang mengenai Program Hari Raya zon di Dewan Bandar Rinching. MPP masih tidak berpuas hati dengan tindakan pihak JKR yang tidak mahu menyelenggarakan lampu jalan di Pekan Semenyih ke Bandar Rinching dan jalan ke Broga.
Hari Penghargaan Kelas Thirukural
Thirukural adalah satu kitab dan memberi garis panduan hidup, bagaimana berkelakuan di dunia. Ia boleh dikatakan antara pembacaan falsafah yang paling unggul di dunia dalam membincangkan soal etika dan moral. Di Semenyih, satu kelas diadakan setiap minggu dikalangan biasanya orang India untuk memberi pendidikan mengenai falsafah ini. Kami memberikan ruang untuk sukarelawan ini menggunakan pejabat kami untuk mengendalikan kelas ini.
Hari ini, satu program mereka telah diadakan di SRJK Tamil Rinching. Saya tidak sempat menghadiri program keseluruhan kerana ada banyak program lain tetapi ada menjengkuk diri untuk memberi sokongan dan solidariti.
PSM menyokong sebarang falsafah yang berlandaskan kebenaran, sains dan realiti.
9 Oktober 09 - Belia Pengerak Tempatan zon 18 dilancar
Hari ini setelah berusaha sekian lama, kita berjaya menubuhkan Jawatankuasa Belia Pengerak Tempatan bagi zon 18. Inisiatif ini adalah inisiatif kerajaan Negeri untuk mengembeleng tenaga belia untuk membuat program dan aktiviti belia. Kertas cadangan Kerajaan negeri mengenai ini memang sesuatu yang progresif kerana ia menghadkan umur belia ke tahap Antarabangsa dan menekankan penyertaan kaum perempuan dalam semua program. Di zon 18, kita berjaya menubuhkan satu Jawatankuasa yang bermesyauarat untuk kali pertama. Beberapa program awalan telah dirancang sebelum akhir tahun ini dan anataranya adalah satu pertandingan sukan dan satu lawatan sambil belajar di kawasan Broga.
Membantu Kempen di Bagan Pinang (Oct 5-9)
Saya dan kawan-kawan turut membantu kempen Pilihanraya Bagan Pinang. kamu memfokus kawasan pekerja Ladang memandangkan kami banyak mempunyai pengalaman mengenai masalah pekerja ladang. Kami membuat kempen dari rumah ke rumah dan juga memberi ceramah kelompok. Namun akhirnya calon PAS, Sdr. Zul tewas juga. Ketewasan Pakatan Rakyat di DUN Bagan Pinang agar menyeluruh. Ramai yang berkata bahawa ini disebabkan personaliti Isa Samad- Calon BN. BN telah menaburkan banyak wang dalam kempen ini. Tetapi ini adalah sesuatu yang biasa kita duga tetapi untuk kita memenangi hati rakyat, kita harus bekerja lebih kuat dan menyentuh isu-isu yang boleh membawa perubahan minda. Pengalaman ini menyakinkan kami bahawa membuat kerja hanya semasa kempen pilihanraya adalah tidak cukup.