ShareThis

Friday, December 12, 2008

Kempen Basikal JERIT


Para Pengayuh "Rakyat Pengayuh Perubahan" akan tiba di Semenyih pada 13 Disember 2008. Jika Anda berminat untuk turut serta dalam kempen ini atau berminat untuk berbasikal di peringkat kawasan sila hubungi Sdr Ramalingam - 019-2220754 atau Rajan - 019-6523636.

Wednesday, December 3, 2008

Jumpa Masyarakat Pelangi Semenyih




Pelangi Semenyih adalah satu penempatan baru di Pekan Semenyih yang semakin besar. Pintu masuk ke Taman ini disambut dengan pasaraya Tesco yang sedang dibina. Seramai 30 orang menghadiri sesi dialog yang diusahakan oleh Sdr. Arul - Ahli Majlis di zon ini. Sebanyak 21 persoalan diungkitkan dan antaranya ialah isu lalulintas, jalan ke sekolah, isu anjing liar, isu pengangkutan bas, longkang dan sebagainya. Sdr. Arul bersama pembantu Tadbir Shima dan sukarelawan PSM mengambil nota isu-isu yang diungkitkan. Sdr. Simon pula menjadi Pengerusi Mesyaurat ini.Sesi 1 1/2 jam ini berakhir dengan jamuan.